Infak UntukMu

Program UntukMu sangat-sangat memerlukan bantuan sumber kewangan bagi meneruskan usaha pembangunan ummah ini

banner-web-isnad-tadawi-urusan-insan

Barangsiapa yang memudahkan urusan insan lain, akan dimudahkan urusannya di dunia dan akhirat

UntukMu adalah platform yang menjadi rangkaian sebagai pemudah cara bagi insan membantu insan

Di sini kita bertemu untuk saling membantu, bersama gunung didaki dan bersama juga lembah dituruni

Hasrat Program UntukMu

Latarbelakang:


Program UntukMu adalah sebuah initiatif dakwah melalui kegiatan ekonomi oleh Isnad Tadawi. Semenjak 2008 Isnad Tadawi menjalankan aktiviti dakwah dan telah mengenalpasti beberapa permasalahan di kalangan umat Islam.


Masalah Utama Yang Ingin Ditangani:

1) Pembacaan ayat-ayat asas Al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah, ayatul kursi dan surah-surah 3 Qul  yang tidak tepat. Ini mengakibatkan solat yang tidak sempurna (kesalahan bacaan Al-Fatihah) dan amalan-amalan lain yang kurang meninggalkan kesan positif kepada diri dan keluarga. Masalah bacaan ini banyaknya berpunca daripada ketidakupayaan untuk membaca ayat Al-Quran dan kesemua bacaan adalah berdasarkan kaedah hafazan semasa kecil dahulu atau hafazan hasil dari mendengar bacaan sahaja.


2) Kefahaman yang kurang tepat tentang tujuan kehidupan di dunia dan tentang hikmah di sebalik ujian dalam kehidupan. Ini membawa kepada keadan jiwa yang tidak tenteram serta kehilangan  arah tatkala dilambung ombak kehidupan.


Kesan daripada dua masalah utama ini boleh menyebabkan umat Islam lemah kerana kurangnya kebergantungan kita kepada tali Allah dan menjadikan kita hanyalah umpama buih-buih di lautan. Daripada Thawban r.a, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Umat-umat lain akan mengelilingi kamu (iaitu musuh-musuh Islam akan menyerbu untuk membinasakan kamu) sepertimana mereka yang pelahap mengelilingi hidangan yang lazat.” Maka seseorang bertanya, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buih air yang banyak (seperti di lautan). Dan sesungguhnya Allah mencabut kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahan. Lalu seseorang bertanya, apakah al-wahan itu, wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah: “Terlalu kasihkan dunia dan takutkan mati.”

pexels-ray-bilcliff-1473080

Masalah Lain Yang Kami Turut Temui:


1) Ramai umat Islam tidak sanggup untuk mengeluarkan wang bagi menampung pengajian berkaitan ilmu agama dan beranggapan kelas ilmu agama seharusnya diadakan secara percuma. Ada juga yang segan dan malu untuk mempelajari ilmu asas agama kerana merasakan mereka sudah terlalu berumur untuk kembali mempelajari asas agama. Pada masa yang sama, kelas-kelas yang menawarkan ilmu-ilmu membina perniagaaan atau kewangan sangatlah laku dan sentiasa dicari ramai. Kesimpulannya ramai yang tidak mahu mengikut kelas asas pengajian agama, namun mereka sangat berkehendakkan pula kepada ilmu-ilmu yang membawa kepada keuntungan di dunia. Ini bukanlah suatu kesalahan sebenarnya, namun perkara yang pokok seharusnya menjadi keutamaan.


2) Ketidakcukupan dan ketidakstabilan pendapatan di kalangan golongan marhaen khususnya yang berada di kawasan bandar. Meskipun mempunyai pendapatan, mereka tetap termasuk dalam golongan miskin iaitu golongan yang dipanggil miskin bandar.


"Bila Kita Mengejar Dunia, Dunia Akan Lari"

"Bila Kita Mengejar Akhirat, Dunia Akan Mengikuti"


Sememangnya hasrat UntukMu adalah membina ummah untuk kehidupan akhirat. Namun, kami perlu bijak dalam menarik hati mereka yang mungkin sedang runsing memikirkan kesulitan kehidupan mereka di dunia ini. Menyedari hakikat bahawa kebolehupayaan untuk membuat wang adalah suatu tarikan yang kuat, maka UntukMu dijalankan seolah-olah sebagai suatu program pembangunan perniagaan. Inilah cara UntukMu untuk menembusi hati mereka secara halus dan menuntun mereka untuk bersama-sama mengenali Yang Maha Pencipta.

Objektif Program UntukMu

Secara luaran, program UntukMu bertujuan membuka peluang untuk umat Islam memperbaiki ekonomi dan membina perniagaan dengan:

1) Menyampaikan ilmu asas perniagaan

2) Menyediakan kemudahan perniagaan online dan juga fizikal

3) Membekalkan secara percuma produk yang mudah dijual supaya perniagaan boleh dimulakan serta merta


Namun pada hakikatnya, program UntukMu bertujuan membina hubungan yang akrab di antara hamba yang dicipta dengan Tuhan yang telah menciptakan mereka iaitu Allah SWT. Objektif ini ingin dicapai melalui kaedah menyelitkan unsur agama di dalam perniagaan dengan:

1) Menyemak, membetulkan dan mengajar bacaan ayat-ayat asas untuk solat dan zikrullah

2) Mengingatkan ummah tentang tujuan penciptaan manusia dan peranan mereka di atas muka bumi

3) Membina sifat ihsan dalam ibadah dan kehidupan

Pelaksanaan Program UntukMu

NakJugak

Sebuah platform perniagaan online yang mudah dan pengguna tidak perlu mengemaskini kedai online, memadai dengan mempromosinya sahaja

Info

Isnad Tadawi

Pihak yang mencetuskan UntukMu, membangunkan platfrom NakJugak serta yang menjalankan kerja dakwah dan pendidikan kepada kumpulan sasaran program ini

Info

Infak Bagi Program UntukMu

Semenjak 2008, Isnad Tadawi telah menjalankan kerja dakwah atas inisiatif dan kos yang ditanggung sendiri. Di saat kami ingin mengorak langkah yang lebih jauh, pandemik Covid-19 melanda dan Isnad Tadawi turut tidak terlepas dari tempiasnya. Kami sedar ini adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana Isnad Tadawi sanggup berusaha dalam misi menjana ummah.


Seandainya anda ingin menginfak agar kami dapat meneruskan perjuangan ini, sumbangan boleh dibuat ke akaun Isnad Tadawi Resources (No Akaun: 8602685128 - CIMB).


Jazakumullahu khaira.

Hubungi Kami Melalui Whatsapp