Kami Sayang Mereka

Menjaga ahli keluarga yang sakit atau warga emas sememangnya suatu tanggungjawab yang amat murni. Kami memahami keperluan anda untuk menjaga mereka dengan sebaiknya dan kami juga sangat memahami kekangan yang anda hadapi dalam menunaikan tanggungjawab ini.
Izinkan kami menabur budi. Kami ingin mempermudahkan urusan anda dalam:
🧡 Menemani mereka mendapatkan rawatan di hospital atau klinik
🧡 Menemani dan menjaga mereka di wad hospital
🧡 Menemani dan menjaga mereka di rumah
🧡 Mendapatkan bekalan ubat mereka di farmasi hospital atau klinik
SOP Peneman
SOP Am
Menyemak tugasan meneman yang ada yang dipaparkan di dalam platform komunikasi peneman-peneman
Membuat permintaan kepada Pengusaha untuk menerima tugasan
Memastikan skop tugasan
Memastikan tempat pertemuan dengan pesakit samada di rumah atau terus berjumpa di hospital.
Memastikan melaksanakan tugasan dengan sempurna pada hari kejadian
Memaklumkan kepada Pengusaha sebarang isu dan juga setelah tugasan selesai
Memastikan keselesaan dan keselamatan pesakit sepanjang tugasan
Membacakan doa untuk pesakit dengan doa yang dibekalkan oleh Pengusaha
Mendapatkan upah daripada Pengusaha bukan dan tidak meminta apa-apa habuan daripada pesakit atau keluarga melainkan wang tambang membawa pesakit
Bagi menjaga hukum syarak, jantina peneman dan pesakit adalah sama
SOP Meneman Pesakit Mendapatkan Rawatan Di Hospital/Klinik
Jika perlu dijemput di rumah boleh memilih sama ada naik kenderaan sendiri atau menggunakan perkhidmatan Grab.
Semasa di hospital perlu membantu pesakit untuk proses pendaftaran, berjumpa doktor,dan mengambil ubat.
Perlu menemani pesakit untuk hal-hal peribadi, sewaktu di hospital seperti ke kafeteria/ tandas dan lain-lain.
Perlu menghantar semula pesakit ke rumahnya.
Memastikan keselamatan pelanggan dan barangannya
Membuat pesakit tidak rasa kesunyian dan terabai
SOP Meneman Pesakit Di Wad Hospital
Memastikan pihak keluarga menguruskan surat kebenaran menunggu
Menemani pesakit untuk hal-hal peribadi, sewaktu di hospital seperti makan, membawa ke tandas dan lain-lain.
Memantau keperluan pesakit, keselamatannya dan barangannya
Memaklumkan kepada pihak hospital dan pihak keluarga pesakit sekiranya terdapat sebarang keadaan yang memerlukan
Membuat pesakit tidak rasa kesunyian dan terabai
Mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan pihak hospital
SOP Meneman Pesakit Di Rumah
Menemani pesakit untuk hal-hal peribadi, sewaktu di hospital seperti makan, membawa ke tandas dan lain-lain.
Memantau keperluan pesakit, keselamatannya dan barangannya
Memaklumkan kepada keluarga pesakit sekiranya terdapat sebarang keadaan yang memerlukan
Membuat pesakit tidak rasa kesunyian dan terabai
Mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan pihak keluarga
SOP Mendapatkan Bekalan Ubat Pesakit
Mendapatkan surat prescription daripada pesakit
Pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan bekalan ubat
Memastikan ubat yang dibekal adalah seperti di dalam surat presription
Menghantar bekalan ubat dengan selamat dan lengkap kepada pesakit
Sekiranya anda memerlukan bantuan kami menjaga mereka yang tersayang, mesej "KamiSayang" ke 0193839777 dan kami akan menghubungi anda, atau sila klik butang di bawah untuk menghantar mesej terus ke Whatsapp kami: